{51}
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1.
Perhatikan lah (angin-angin) yang sungguh-sungguh membangkitkan debu !
2. Lalu
perhatikan lah (mega-mega) yang mengandung (air).
3. Lantas
perhatikanlah (bahtera-bahtera) yang berjalan dengan mudah !.
4. Lantas
perhatikanlah (mega-mega) yang membahagi-bahagi urusan (air) !
5.
Sesungguhnya apa yang diancamkan kepada kamu, adalah benar.
6. Dan
sesungguhnya pembalasan (amal) itu mesti kejadian.
7. Dan
perhatikanlah langit-langit yang mempunyai bintang-bintang.
8.
Sesungguhnya kamu dalam omongan yang berselisihan.
9.
Dipalingkan daripada (beriman kepadanya) apa-apa yang dipalingkan.
10.
Dilaknat pendusta-pendusta itu.
11.
(Iaitu) orang-orang yang lalai dalam kebodohan.
12.
Mereka akan berkata; “kapankah hari pembalasan itu ?”.
13.
(Dijawab); “pada hari mereka dibakar diatas api”.
14.
(Dikatakan); “rasakanlah (balasan) fitah kamu, inilah dia (azab) yang kamu
minta disegerakan”.
15.
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam taman-taman dan (dekat)
mata air.
16.
Sambil mereka mengambil apa-apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka,
kerana sesungguhnya adalah mereka sebelum itu orang-oranng yang berbuat
kebaikan.
17.
Adalah mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.
18.
Sedang diwaktu akhir-akhir malam, maka meminta ampun.
19. Dan
dalam harta-harta mereka, (mereka tentukan) hak untuk yang minta-minta dan yang
terhampa.
20. Dan
dibumi ada beberapa tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang(mahu) yakin.
21. Dan
(juga) dalam diri-diri kamu, maka tidaklah kamu perhatikan ?
22. Dan
dilangit ada rezeki kamu dan ada apa-apa yang dijanjikan kepadakamu.
23. Demi
pengurus langit dan bumi ! sesungguhnya adalah ia benar sebagaimana (biasa)
kamu omongkan.
24.
Sudahkah datang kepada mu cerita tamu-tamu Ibrahim yang dimuliakan ?.
25.
Tetakala mereka datang kepadanya, lalu mereka berkata; “salam” ia jawab;
“salam” satu kaum yang tidak dikenal”.
26. Lalu
ia pergi dengan sembunyi kepada ahlinya, lantas ia bawa anak sapi yang gemuk.
27. Lalu
ia dekatkan dia kepada mereka sambil berkata; “tidak kah kamu mahu makan ?”
28. Lalu
ia merasa kekuatan dari mereka, mereka berkata; “janganlah engkau takut”, dan
mereka gembirakan dia dengan (bahawa ia akan dapat) seorang anak laki-laki yang
berpengetahuan.
29. Maka
mulai lah isterinya berteriak, lalu menampar muka nya dan berkata; “(aku ini)
seorang perempuan tua yang mandul”.
30.
Mereka berkata; “demikianlah Tuhan mu berkata, sesungguhya ialah yang bijak
sana, yang mengetahui”.
Juzuk 27.
31. Ia
bertanya; “lantas apakah urusan kamu hai utusan?”.
32.
Mereka berkata; “sesungguhnya kami ini diutus kepada kaum yang berubat
kejahatan”.
33.
“Supaya kamu limpar atas mereka itu batu-batu dari tanah”.
34. “Yang
ditandakan dari sisi Tuhan mu buat orang-orang yang melewati batas”.
35. “Kami
keluarkan orang-orang mukmin yang ada padanya”.
36.
“Tetapi tidak kami dapati padanya selain satu rumah dari orang-orang muslim”.
37. “Dan
kami tinggalkan disitu satu tanda bagi orang-orang yang takut azab yang pedih”.
38. Dan
pada Musa (ada satu bukti) tetakala kami
utus dia kepada Firaun dengan (membawa) mukzizat yang nyata.
39.
Tetapi ia berpaling dengan kaumnya dan berkata; “(ini) seorang seher atau
seorang gila”.
40. Oleh
kerana itu, kami ambil dia dan tentera-tenteranya lalu kami lemparkan mereka
kedalam laut dengan keadaan ialah yang salah.
41. Dan
pada Aad (ada satu bukti) tetakala kami lepaskan atas mereka itu angin yang
membinasakan.
42. Ia
tidak tinggalkan (selamat) suatu yang ia sentuh, melainkan ia jadikan nya
seperti abu.
43. Dan
pada Samud (ada satu bukti) tetakala dikatakan kepada mereka; “bersenang-senang
lah kamu, sampai satu masa”.
44.
Tetapi mereka enggan menurut perintah
Tuhan mereka, lalu mereka ditimpa oleh azab sedang mereka (dalam keadaan)
melihat.
45.
Tetapi mereka tidak kuasa melawan dan tidak bisa membela (diri-diri mereka).
46. Dan
(kami binasakan) kaum Nuh lebih dahulu, kerana sesungguhnya mereka adalah kaum
yang melewati batas.
47. Dan
langit itu, kami dirikan dia dengan kekuasaan (kami), dan sesungguhnya kamilah
yang meluaskan nya.
48. Dan
bumi itu, kami hamparkan dia, maka (kamilah) sebaik-baik penghampar.
49. Dan
tiap-tiap suatu , kami jadikan berpasangan, supaya kamu ingat.
50. “Oleh
kerana itu, larilah kepada Allah, sesungguhnya aku (ini) seorang pengancam yang
nyata-nyata daripadanya kepada kamu”.
51. “Dan
janganlah kamu adakan bersama Allah Tuhan yang lain, sesungguhya aku (ini)
seorang pengancam yang nyata-nyata daripadanya kepada kamu”.
52.
Demikianlah tidak seorang pun Rasul yang datang kepada orang-orang sebelum
mereka, melainkan mereka itu berkata; “(ia) seorang ahli seher atau
seorang gila”.
53.
Apakah mereka menerima wasiat tentang ini ? tidak ! tetapi mereka orang-orang
yang melewati batas.
54. Oleh
kerana itu, berpalinglah dari mereka, kerana bukanlah engkau orang yang
disalahkan.
55.
Tetapi ingatlah, kerana sesungguhnya pergingatan itu berguna bagi orang yang
(mahu) beriman.
56. Dan
aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah akan daku.
57. Aku
tidak mahukan satu pun pemberian dari mereka, dan aku tidak mahu kan mereka
memberi makan kepada ku.
58. Sesungguhnya
Allah, ialah pemberi rezeki yang mempunyai kekuasaan, yang sangat teguh.
59. Maka
sesungguhnya bagi orang-orang yang menganyayai (diri-diri sendiri) itu, ada
bahagian (azab) seperti bahagian
kawan-kawan, oleh kerana itu, janganlah mereka minta kepada ku (supaya)
disegerakan.
60. Maka bagi
orang-orang yang tidak percaya itu, adalah kecelakaan dari hari yang diancamkan
kepada mereka.
.